Cik Kartun ( CK )

Ini bukan blog Kelab anak Disney, Blog ini adalah blog peribadi seorang gadis yang mempunyai masalah kecelaruan hati serupa Kartun. 90% entry yang dipaparkan adalah hasil dari hati yang bercelaru..Sekian

Rabu, 16 Mei 2012

*Guru


Assalamualaikum


Selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia. Tanpa guru, siapalah kita yang buta huruf, buta warna, buta segala-galanya dalam segala ilmu yang ade. Ilmu yang di curahkan tidak ternilai dengan wang ringgit. 

Namun jangan kita sangka, hanya guru-guru di sekolah tadika, rendah dan menengah sahaja yang layak bergelar guru. Tanpa seorang ibu, ayah, teman, rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli falsafah.. dan kepada yang telah memberi ilmu dari sekecil kuman adalah seorang guru yang mengajar kita tanpa kita sedari.

Diri kita juga adalah seorang guru dan model kepada anak-anak generasi pada masa hadapan. Oleh itu sempena hari guru juga, kita harus menghargai dan mengenangkan segala jasa-jasa tunjuk ajar yang telah di berikan kepada sesiapa yang telah kita curahkan ilmu. 

doakan CK menjadi seorang tenaga pengajar yang berjaya


Ilmu itu luas.. tiada awal dan noktah. Janganlah kita kedekut memberikan ilmu walaupun ia sebesar zarah.
wasalam...


Selasa, 15 Mei 2012

*Hari ibu plus-plus..


Assalamualaikum


Belum terlambat lagi untuk di ucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu-ibu di dunia.. dan paling utama kepada ibu a.k.a Cik Mama yang telah 22 tahun bergelar seorang ibu yang penyayang..penyabar..kepada 5 orang cahaya mata.



Selama 22 tahun bergelar ibu juga, Cik Mama dan Cik Abah juga telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka 14 mei yang ke-23 pada tahun ini. CK mendoakan keredhaan dan keberkatan dalam hubungan kedua-dua insan yang disayangi ini berkekalan ke akhir hayat.




Tanpa kedua-duanya.. siapalah 5orang anak kecil yang membesar dengan sepenuh kasih sayang yang di curahkan tanpa berbelah bagi. CK harap, suatu masa nanti CK akan dapat membalas budi kedua-dua orang tersayang ini dengan sesuatu yang tidak ternilai. Insya'allah..

Akhir kata..

Along, angah, alang, kakak, adik.. sayang mama dan abah ketat-ketat..